Monday, August 17, 2009

Zwen di Karyawan Bazaar Armcorp Mall


Assalamualaikum..

Kelmarin 16 August 2009, Zwen berkesempatan menyertai karnival amal kat Armcorp Mall. Ramai artis yang hadir menjual dan melelong barangan mereka. Antara artis yang hadir Dayang Nurfaizah, Rizu (OIAM), Aizat, Fran, Azian Mazwan, Iffa raziah dan lain lain. Ramai gak artis yang membuat persembahan. Zwen pun berpeluang menyanyi kat ctu dan memberikan beberapa keping cd untuk orang ramai yang hadir.

Anyway ini adalah salah satu peluang yang zwen perlu rebut untuk memastikan zwen dikenali di samping mengambil peluang untuk menyertai amal anjuran karyawan. Kalau ade lagi aktiviti mcm nie zwen memang nak join. So hopefully boleh bagi manafaat kedua dua pihak kan. Yerlah beramal sambil berhibur. Tujuan karnival nie pun nak membantu kanak kanak yang dijangkiti hiv / aids.

Yahoo my single at Charity Baazar~tangan satu lagi pegang aiskrim

Dayang Nurfaizah sedang menghiburkan orang ramai~

Dewa 19 merchandise~

zwen, kak mas, nan Zouffi dan teman kitaorang~

Zwen menyampaikan lagu Tak bisa~

Friday, August 14, 2009

Photo Shoot Zwen~



Assalamualaikum. Hari nie Zwen buat photoshoot untuk Profile. Actually Zwen ingat Photoshoot tu pagi or petang tapi dijalankan sebelah malam. Dengan bantuan Nero kawan pengurus zwen, Nan kami membuat photoshoot di dlm rumah pengurus Zwen dan kemudian di luar balkoni rumah.

Hasilnya zwen cukup berpuas hati dan nampak sangat cantik. yerlah Jurugambar pun berpengalaman. Nero adalah jurugambar sambilan untuk weeding yang buat part time di seluruh kelantan. So kepada sesiapa yang nak minta khidmat Nero boleh lah email Nero kat alamat email nareeman@kck.usm.my atau layari fotopages beliau di http://eimanshah.fotopages.com atau http://eimanshahfoto.wordpress.com

Kat sini Zwen tunjuk hasil Kretiviti nero yang telah di ambil malam tadi~

Aksi Zwen

Amcm ok tak?

Face Shoot

Wall Shoot

Shoot tangga

Shoot tangga

Shoot

Ada orang cakap muka cam Yusri KRU hahaha

Nice Shoot By Nero

Thursday, August 13, 2009

Zwen Di Menara KL~


13 Hb Aug 2009.

Diari hari nie Zwen mempunyai jadual yang agak sibuk sebab pagi pagi kena pergi Shotting Irama dan Lagu yang akan disiarkan oleh Saluran 180 Muzik Aktif. So sampai di sana zwen ambil masa untuk hafal skrip meskipun banyak soalan soalan tersebut sebenarnya tak memerlukan skrip untuk zwen. Tapi zwen baca je dan hafal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Zwen tgh bersiap siap kat studio

Izwan & Intan~

Zwen & Baggio~

Selepas habis shoot Irama dan lagu Zwen terus bergerak ke Menara KL untuk photoshoot Media Hiburan Edisi Raya dengan pengurus Zwen Nan. Sampai di sana zwen nampak ramai yang dah berkumpul. Antaranya Penyanyi Idham. Selepas bersalam salaman kami pun tunggu beberapa artis lain. Actually ramai yang ada dalam photoshoot nie antaranya Azmir Arief, Dior, Zauffi, Rizu (OIAM), dan lain lain lagi.

Ramai2 Photoshoot~

Tengah shoot kat atas menara KL Hujan lebat.. Errm, tak jadi nak buat outdoor shoot. Last last zwen dan artis artis yang lain hanya photoshoot.


Ramainya orang photoshoot~

Photoshoot kat Menara KL

Wednesday, August 12, 2009

Zwen In The House


Zwen~

Hai .. Apa Khabar..Alhamdulilah akhirnya impian Zwen untuk mempunyai blog tersendiri tercapai. Zwen rasa happy sangat sebab berjaya wujudkan blog Zwen sendiri. Kepada sesiapa yang baru sahaja buka blog zwen, zwen ucapkan terima kasih kepada pembaca sekalian. Harap harap dengan adanya blog nie zwen akan dapat menerima maklum balas yang baik daripada anda semua.

Tujuan utama Zwen mewujudkan blog ini untuk mendekatkan diri dengan peminat peminat di samping merekodkan aktiviti harian zwen bagi mengantikan diari yang konvensional so dapat la peminat peminat di luar sana melihat sendiri aktiviti harian zwen.


Studio Shoot~

Zwen bersama First Baby~Tak Bisa